Monday, July 12, 2010

ANAK HIPERAKTIF ?


Ramai dikalangan ibu bapa masih lagi keliru dengan sindrom hiperaktif di kalangan anak-anak. Sesetengah ibu bapa, memandang sindrom terlebih aktif ini mungkin dianggap perkara biasa bagi kanak- kanak yang sedang membesar. Namun sebenarnya, ia merupakan ’sindrom’ yang perlu diberi perhatian serius. Dalam istilah perubatan, gangguan fokus pemerhatian atau Attention Deficit and Hyperactivity Disorder akan menyebabkan anak mempunyai tingkah laku luar biasa berbanding kanak-kanak lain.


CIRI-CIRI ANAK HIPERAKTIF

Tanda-tanda fizikal.

1.- Kerap menggerakkan tangan atau kaki
2.- Suka berlari kesana sini dan jarang duduk diam
3.- Suka memanjat
4.- Terlalu banyak bercakap biarpun berseorangan
5.- Terlalu lasak

Tanda-tanda mental

1.- Gagal memberikan tumpuan terhadap apa yang diperkatakan orang lain
2.- Mudah membuat kesalahan setiap kali melakukan sesuatu aktiviti
3.- Sukar mematuhi arahan
4.- Tidak suka melakukan perkara yang memerlukan tumpuan yang lama
      seperti melukis dan mewarna.
5.- Mudah lupa dan sering kehilangan barang permainan sendiri
6.- Mudah jemu terhadap sesuatu.

Tanda-tanda emosi

1.- Tidak sabar menanti giliran dan sentiasa ingin cepat
2.- Suka mencelah perbualan orang lain
3.- Mudah terlibat dengan kemalangan kecil mahupun besar
4.- Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu
5.- Tidak peka kepada persekitaran
6.- Tidak menghormati orang lain


KESAN AKIBAT HIPERAKTIF

1.- Masalah sosial- sikap terlalu aktif dan agresif menyebebkan mereka
     tiada kawan

2.- Masalah akademik – gagal memberikan tumpuan pada pelajaran dan
     selalu gagal dalam peperiksaan, lupa apa yang dipelajari.

3.- Masalah keluarga – Sikap agresif seperti menganggu adik beradik,
     memecahkan peralatan rumah dan sering membantah sekiranya
     keinginan tidak ditunaikan.


CARA MENANGANI ANAK HIPERAKTIF

1.- Jika anda ingin memberikan arahan, pastikan anda pamerkan secara
      bertulis

2.-Memuji bagi merangsang mereka apabila mereka melakukan perkara
     yang baik

3.- Jangan terus menghukum atau memarahi mereka sebaliknya berlembut
      dengan cara nasihat dahulu

4.- Banyakkan bersabar dan dapatkan nasihat khidmat doktor psikiatri
     dalam membantu membentuk personaliti anak hiperaktif

No comments:

Post a Comment