Sarapan pagi amat penting untuk memulakan aktiviti sepanjang hari .Terutamanya anak-anak yang sedang membesar. Menurut satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, didapati kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi gagal menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Bagaimana menarik anak sarapan pagi?
1.- Makan bersama.
2.- Asuh anak sarapan semasa kecil.
3.- Pelbagaikan makanan yang dihidangkan.
Contohnya, sandwich telur, tuna, sardin, pau, mee goreng, nasi goreng, bihun
goreng dan sebagainya.
4.- Sekiranya anak anda tidak sempat atau tidak selera untuk sarapan pagi,
pastikan mereka minum segelas susu sebagai pengalas perut sebelum ke sekolah.

No comments:
Post a Comment