Friday, November 30, 2012

Lolipop Beracun


9/3/122 - KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) kerana didakwa mengandungi bahan-bahan bertoksik.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.
“Ujian Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH).
“Ftalat ini bertindak sebagai pelarut untuk PAH dan gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan dan menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.
“PAH merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik yang biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat dan ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed Idris seterus mendakwa, CAP berasa bimbang kerana tinjauan pihaknya mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak masa kini dan lebih membimbangkan ia turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah.

Tuesday, February 28, 2012

Taska kejam atau Pengasuh Kejam?

Sekarang ini tersebar berita tentang keadaan penjagaan bayi yg kurang menyenangkan di taska. Pengasuh kata Taska itu kejam (lihat rakaman Youtube di bawah). Tapi pemilik taska pula kata pengasuh ingin sabotajnya sebab di berhentikan kerja (lihat berita Metro di bawah)





MyMetro: Tampal mulut bayi

Tampal Mulut Bayi
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.


p/s: Apa-apa pun kita tunggu siasatan polis

Tuesday, January 10, 2012

Budak 8 tahun bawa pistol ke sekolah

gambar hiasan

MESA - Seorang budak berumur lapan tahun di Mesa, Arizona, semalam didakwa membawa sepucuk pistol ke sekolah dan melepaskan tembakan secara tidak sengaja ke arah 30 kanak-kanak lain di dalam sebuah bas, namun dia bernasib baik kerana tidak mencederakan rakannya.

Hasil siasatan awal polis mendapati budak itu menyembunyikan pistol tersebut di dalam beg sekolahnya tanpa disedari sesiapa termasuk guru di Franklin Elementary School.

Pihak berkuasa kini sedang menyoal siasat kanak-kanak tersebut untuk mengetahui di mana dia mendapatkan pistol berisi peluru penuh itu.

p/s: ingat psitol mainan kot

Bayi hilang dalam sistem pembetung

 gambar hiasan

MOSCOW - Pasukan penyelamat Rusia sedang berhempas-pulas untuk mencari bayi berumur 18 bulan yang didakwa terjatuh ke dalam sistem pembetungan di bandar Bryansk, menurut juru cakap anggota pencari dan penyelamat, semalam.

Bayi malang itu dipercayai terjatuh dari kereta sorong yang ditolak ibunya selepas laluan pejalan kaki di dataran utama bandar tersebut runtuh secara tiba-tiba.

Agensi berita RIA Novosti melaporkan kira-kira 70 pe-nyelamat menyertai operasi melalui sistem pembetungan sepanjang beberapa kilometer itu tetapi mereka masih gagal menemui bayi itu.

Sistem paip air panas bawah tanah di Rusia kadang kala pecah akibat suhu tinggi melampau sehingga menghasilkan kesan retak pada jalan di bahagian permukaan.

Wednesday, December 14, 2011

[Video] Serangan Siamang di Zoo Melaka

Keadaan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sembilan bulan yang cedera parah pada betis kanannya akibat gigitan seekor siamang ketika mengunjungi Zoo Melaka Selasa lalu, dilaporkan stabil.

NONEGigitan hingga menampakkan tulang kaki kanan dan mangsa, Muhammad Afiq Haziq terpaksa dibedah selama tiga jam di Hospital Melaka, semalam.

Pada insiden yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang Selasa itu, mangsa bersama ibu dan bapa serta enam adik beradiknya diserang haiwan dalam keluarga beruk itu ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan burung.

Menurut ibu mangsa, Anita Sulaiman, 36, sebelum kejadian mereka sekeluarga berjalan di hadapan kawasan pulau yang menempatkan sekumpulan haiwan berkenaan namun tidak memasuki kawasan itu.

"Tidak lama selepas itu, kami terkejut apabila melihat kira-kira 30 hingga 40 orang pengujung lari bertempiaran dari arah belakang ke hadapan kami.

"Apabila menoleh saya melihat seekor siamang menerpa dan terus menggigit betis Afiq yang sedang didukung oleh ayahnya," katanya.

Anita berkata, suaminya Kamarul Baharin, 38, bertindak menarik kepala siamang bagi mengelakkan betis anaknya daripada dimamah namun gagal sehingga seorang pengunjung membantu dengan menendang perut haiwan berkenaan.

"Akibat tendangan itu siamang melepaskan gigitan lalu melarikan diri dan akibat gigitan itu, Afiq mengalami kecederaan hingga menampakkan tulang.

"Saya yang tergamam kemudian  menyelamatkan enam orang anak yang lain dengan membawa mereka ke arah sebuah tram dan memaklumkan pemandu tram mengenai kejadian," katanya.

NONEMenurut beliau, pada masa sama, suami dan pengunjung yang membantu segera ke pejabat zoo sebelum membawa Afiq ke klinik kesihatan berdekatan.

"Bagaimanapun, kami diminta membawa Afiq ke hospital selepas diberitahu luka tersebut tidak boleh dijahit kerana Afiq mengalami kecederaan parah," katanya.

Anita berkata, beliau berkata dan keluarga yang menetap di Klang, Selangor datang ke Melaka untuk menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan saudara di Melaka Ahad lalu dan pada waktu sama meluangkan masa bercuti bersama sempena cuti sekolah.

"Akibat terlalu trauma saya tidak lagi akan ke mana-mana zoo dan mungkin selama tujuh keturunan malah Afiq sendiri berkata dengan saya tidak mahu ke zoo lagi selepas ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Zoo Melaka, Masri Mohd Arop berkata, pihaknya memohon maaf dan turut bersedih dengan kejadian yang menimpa mangsa selain pihaknya bersedia menghulurkan bantuan termasuk menanggung kos rawatannya.

NONE"Ini kejadian pertama berlaku di zoo ini dan pihak kami akan menyiasat secara terperinci dengan pakar-pakar yang ada di negara ini termasuk universiti tempatan dan pengalaman zoo-zoo lain mengenai inisiden ini.

"Haiwan berkenaan telah ditangkap serta dikuarantin supaya dapat pihak kami siasat punca bagaimana ia boleh terlepas dan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,"katanya.

Masri berkata, pihaknya memohon kerjasama pelawat supaya tidak membuat provokasi terhadap haiwan spesis berkenaan kerana haiwan tersebut akan bertidak agresif jika terdapat provokasi.

"Provokasi ini mungkin dibuat oleh pengunjung lain tetapi orang lain pula menjadi mengsa. Justeru, pihak Zoo Melaka juga menasihatkan pengunjung supaya mendapatkan polisi insuran tanggungan awam ketika mengadakan kunjungan ke sini," katanya.



p/s: hati2

Tuesday, November 29, 2011

Bayi Usus Di Luar


BOTA - Bayi yang baru sahaja berusia dua bulan kini terpaksa menanggung derita kerana dilahirkan dalam keadaan usus dan hati di luar badan (Omphalocele) menyebabkan pergerakannya terbatas.

Adik Iman Syafiq Azman yang menderita penyakit itu sejak dilahirkan hanya mampu tidur secara terlentang kerana tali pusat dan ususnya berada di atas abdomennya.

Anak kelima pasangan Azman Abdullah, 32, dan Norhayama Ramli, 29, itu memerlukan penjagaan rapi bagi menghalang sebarang jangkitan kuman.

Norhayama berkata, walaupun keadaan anak mereka seperti itu, namun sehingga kini Iman Syafiq berada dalam keadaan sihat seperti bayi normal lain.

“Pada usia kandungan 19 minggu, saya dimaklumkan bahawa bayi saya mengalami kecacatan dan selepas itu, kes ini dirujuk kepada Hospital Manjung dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria dan Adun Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan bersama skuad sayang wanita Umno bahagian Parit di Kampung Lambor Kanan, semalam.

Katanya, beliau redha dengan ketentuan itu walaupun anaknya sebelum itu dilahirkan normal dan tidak ada sebarang masalah.

“Kami menerima takdir ini dengan hati terbuka dan tetap memberikan kasih sayang kepada Iman Syafiq seperti anak-anak lain juga cuma penjagaannya perlu lebih teliti bimbang bahagian usus di luar dijangkiti kuman,” katanya.

Sementara itu, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga suaminya, Azman tiba-tiba hilang penglihatan dan terpaksa mengambil cuti sakit serta menambahkan lagi penderitaan keluarga berkenaan.

Sementara itu, Mohd Zaim yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit berkata, pihaknya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga itu dan meminta pasangan Azman dan Norhayama bersabar serta menerima ketentuan Ilahi dengan redha.

Bagi meringankan beban keluarga itu, Umno Parit tegasnya, mengesyorkan bayi itu itu dirujuk kepada Pusat Pakar Ipoh (ISC) dengan segala kos rawatan ditanggung bersama oleh Dun Belanja dan Dun Bota.

“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi kecil ini dan saya dimaklumkan pembedahan hanya boleh dijalankan ketika Iman Syafiq berusia tiga tahun.

“Sementara menunggu tempoh pembedahan, saya syorkan kes ini dirujuk kepada pakar kanak-kanak di ISC agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menjamin kesihatan bayi,” katanya.

Katanya, segala kos berkaitan rawatan di ISC akan ditanggung oleh Umno Bahagian Parit melalui Ahli Parlimen dan wakil rakyat dari Dun Belanja serta Bota.

Basuh Anak Hingga Mati


PARIS - Seorang penganggur didakwa membunuh anak lelakinya berumur tiga tahun selepas menyumbat budak itu ke dalam mesin basuh yang suisnya turut dihidupkan, menurut jurucakap mahkamah, kelmarin.

Christophe Champenois, 33, dari Meaux berhampiran Paris dipercayai mengenakan huku-man kejam tersebut terhadap Bastien hanya kerana dia membuang lukisan rakannya semasa berada di pusat jagaan
.
Champenois yang berang dengan kenakalan anaknya telah ‘membasuh’ kanak-kanak malang itu selama beberapa minit.

Akhbar Le Parisien melaporkan, jiran mangsa menyatakan Charlene, 25, ibu kepada Bastien meminta pertolongannya untuk membawa kanak-kanak tersebut ke hospital selepas mendakwa anaknya cedera akibat terjatuh dari tangga.

Tetapi dia mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati tangan dan kaki Bastien sudah terkulai serta tidak bermaya seselama beberapa minit sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.

“Kakak mangsa yang berumur lima tahun turut mengadu kepada saya bahawa ia bukanlah kali pertama bapa mereka ‘membasuh’ adiknya,” menurut jiran mereka dikenali sebagai Alice.

Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut, hakim mahkamah di Meaux me-ngarahkan pasangan suami isteri yang mempunyai tujuh cahaya mata itu ditahan untuk siasatan lanjut sementara kesemua anak mereka ditempatkan di bawah pusat jagaan.

p/s : kejam